Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
65. Perpisahan kehakiman tidak menghalang petisyen untuk perceraian
Feedback & supportSeseorang tidak boleh dihalang daripada mengemukakan suatu petisyen untuk perceraian atau mahkamah daripada memberi suatu dekri perceraian, semata-mata oleh sebab pempetisyen telah diberi pada bila-bila masa suatu perpisahan kehakiman atas fakta yang sama atau yang pada isinya sama seperti fakta yang dibuktikan bagi menyokong petisyen untuk perceraian itu.
Atas sesuatu petisyen untuk perceraian itu, mahkamah boleh menyifatkan dekri perpisahan kehakiman itu sebagai bukti yang cukup mengenai perzinaan, peninggal langsungan, atau alasan lain yang atasnya dekri itu telah diberi, tetapi mahkamah tidak boleh memberi suatu dekri perceraian tanpa menerima keterangan daripada pempetisyen itu.
Bagi maksud sesuatu petisyen untuk perceraian itu, sesuatu tempoh peninggal langsungan sebelum sahaja prosiding dimulakan untuk suatu dekri perpisahan kehakiman hendaklah, jika pihak-pihak itu belum hidup bersama semula sebagai suami isteri dan dekri itu telah berkuat kuasa berterusan semenjak ianya diberi, disifatkan sebagai suatu tempoh yang berlalu sebelum sahaja petisyen untuk perceraian itu dikemukakan.
Harta isteri selepas perpisahan kehakiman