Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
55. Peruntukan bertujuan untuk menggalakkan perdamaian
Feedback & supportPeruntukan boleh dibuat melalui kaedah-kaedah mahkamah bagi menghendaki bahawa sebelum sesuatu petisyen untuk perceraian dikemukakan pempetisyen hendaklah diberi peluang untuk mendapatkan bantuan dan nasihat daripada mana-mana orang atau badan sebagaimana yang dapat diadakan bagi maksud melaksanakan perdamaian antara pihak-pihak kepada perkahwinan yang telah berenggang.
Jika pada mana-mana peringkat prosiding untuk perceraian mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi sesuatu perdamaian antara pihak-pihak kepada perkahwinan itu, mahkamah boleh menangguhkan prosiding itu selama tempoh yang difikirkannya patut untuk membolehkan percubaan dibuat bagi melaksanakan sesuatu perdamaian itu. Kuasa yang diberi oleh peruntukan yang di atas itu adalah tambahan kepada mana-mana kuasa lain mahkamah untuk menangguhkan prosiding.