Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
66. Section 66
Feedback & support(1)
Harta bagi seorang isteri yang pada masa kematiannya adalah terpisah dari segi kehakiman dari suaminya hendaklah, jika sekiranya isteri itu mati tidak berwasiat, berpindah sebagaimana harta itu mungkin telah berpindah jika suaminya telah mati pada masa itu.
(2)
Jika, atas sesuatu perpisahan kehakiman itu, alimoni telah didekri atau diperintahkan supaya dibayar kepada isteri dan alimoni itu tidak dibayar dengan sepatutnya oleh suami maka suami itu adalah bertanggungan bagi keperluan yang dibekalkan bagi kegunaan isteri itu.
54
Undang-Undang Malaysia
Pembatalan perkahwinan