Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
51A. Harta suami isteri selepas penukaran agama
Feedback & supportJika seseorang yang telah masuk Islam mati sebelum perkahwinan bukan Islam yang orang itu ialah suatu pihak telah dibubarkan, aset perkahwinan orang itu hendaklah dibahagikan oleh mahkamah antara pihak-pihak berkepentingan mengikut peruntukan seksyen ini apabila permohonan dibuat oleh mana-mana pihak berkepentingan.
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap—
takat sumbangan yang telah diberikan oleh pihak-pihak berkepentingan itu dalam bentuk wang, harta atau kerja terhadap pemerolehan aset perkahwinan itu atau pembayaran perbelanjaan untuk faedah keluarga;
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 45
apa-apa hutang yang terhutang oleh si mati dan pihak berkepentingan yang telah dilakukan bagi faedah bersama mereka;
takat sumbangan kepada kebajikan keluarga dengan menjaga rumah tangga atau memelihara keluarga;
tempoh perkahwinan itu;
keperluan anak-anak, jika ada, daripada perkahwinan itu;
dan
hak pihak berkepentingan di bawah Akta Pembahagian 1958 [Akta 300] jika si mati belum menukar agama.
Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkepentingan” atau
“pihak-pihak berkepentingan” ertinya pasangan yang menakat dan anak-anak yang menakat daripada sesuatu perkahwinan, jika ada, dan ibu bapa pasangan yang telah menukar agama yang telah meninggal dunia.