Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
64. Perpisahan kehakiman
Feedback & supportSesuatu petisyen untuk perpisahan kehakiman boleh dikemukakan kepada mahkamah oleh salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan atas alasan dan hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 54 dan seksyen itu hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan sesuatu petisyen itu sebagaimana ianya terpakai berhubungan dengan sesuatu petisyen untuk perceraian.
Jika mahkamah memberi suatu dekri perpisahan kehakiman bagi pempetisyen, maka tidaklah lagi berkewajipan bagi pempetisyen hidup sebagai suami isteri bersama dengan responden.
Mahkamah boleh, atas suatu permohonan melalui petisyen suami atau isteri yang terhadapnya suatu dekri perpisahan kehakiman telah dibuat dan apabila berpuas hati bahawa pengataan dalam petisyen itu adalah benar, membatalkan dekri itu pada bila-bila masa atas alasan bahawa ianya telah didapati dengan ketidakhadiran pemohon atau, jika peninggal langsungan adalah alasan bagi dekri itu, bahawa wujud sebab yang munasabah bagi peninggal langsungan yang dikatakan itu.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 53