Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
63. Section 63
Feedback & supportMana-mana orang yang telah berkahwin yang mengatakan bahawa ada alasan yang munasabah bagi menjangkakan bahawa pihak yang satu lagi kepada perkahwinan itu telah mati, boleh mengemukakan suatu petisyen kepada mahkamah supaya pihak yang satu lagi itu dianggap sebagai telah mati dan supaya perkahwinan itu dibubarkan, dan mahkamah, jika berpuas hati bahawa alasan yang
52
Undang-Undang Malaysia munasabah itu wujud, boleh membuat suatu dekri nisi anggapan mati dan cerai.
Dalam mana-mana prosiding itu fakta bahawa pihak yang satu lagi kepada perkahwinan itu telah tidak ada bersama pempetisyen berterusan selama tempoh tujuh tahun ke atas dan pempetisyen itu tidak mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa pihak yang satu lagi itu masih hidup dalam masa tersebut, hendaklah menjadi keterangan bahawa dia telah mati sehingga dibuktikan sebaliknya.
Seksyen 61 dan 62 hendaklah terpakai bagi sesuatu petisyen dan sesuatu dekri di bawah seksyen ini sebagaimana seksyen itu terpakai masing-masing bagi sesuatu petisyen untuk perceraian dan sesuatu dekri perceraian.
Perpisahan kehakiman