Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
53. Kepecahbelahan perkahwinan hendaklah menjadi alasan tunggal bagi perceraian
Feedback & supportIn plain English
Either spouse may petition for divorce on the ground that the marriage has broken down beyond repair. The court must, as far as it reasonably can, look into the facts said to have caused the breakdown. It ends the marriage if satisfied that doing so is just and reasonable.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan boleh mempetisyen untuk perceraian atas alasan bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan.
Mahkamah yang mendengar petisyen itu hendaklah, setakat mana yang ia boleh dengan munasabah, menyiasat fakta yang dikatakan sebagai menyebabkan atau membawa kepada kepecahbelahan perkahwinan itu dan membuat suatu dekri untuk pembubarannya jika ia berpuas hati bahawa adalah adil dan munasabah baginya berbuat demikian memandang kepada hal keadaan itu.