Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English
Contents

Bahagian VI · Perceraian

61. Dekri nisi dan prosiding kemudian daripadanya

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap dekri perceraian hendaklah pertamanya menjadi suatu dekri nisi dan tidak boleh dijadikan mutlak sebelum tamat tiga bulan dari tarikh ia diberi melainkan jika suatu tempoh yang lebih singkat ditetapkan oleh mahkamah dengan perintah am atau perintah khas dari semasa ke semasa.

(2)

Jika sesuatu dekri nisi perceraian telah diberi dan tiada apa-apa permohonan untuk menjadikannya mutlak telah dibuat oleh pihak yang kepadanya ia telah diberi, maka, pada bila-bila masa selepas tamat tiga

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 51

bulan dari tarikh yang seawal-awalnya pihak itu boleh membuat suatu permohonan, pihak yang terhadapnya dekri nisi itu telah diberi boleh membuat suatu permohonan kepada mahkamah dan atas permohonan itu mahkamah boleh—

(a)

menjadikan dekri itu mutlak, walau apa pun peruntukan subseksyen yang akhir di atas;

(b)

membatalkan dekri nisi itu;

(c)

menghendaki penyiasatan selanjutnya; atau

(d)

dengan cara lain menguruskan kes itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

Report

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules