Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VI · Perceraian
67. Setakat mana kuasa untuk memberi relief
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan mahkamah membuat sesuatu dekri pembatalan perkahwinan kecuali—
(a)
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini; atau
(b)
jika pihak-pihak itu telah berkahwin di bawah suatu undang-undang yang memperuntukkan bahawa, atau yang dalam perjangkaannya, perkahwinan itu adalah monogami;
dan
(c)
jika kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bermastautin di Malaysia pada masa prosiding itu dimulakan.