In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
107C. Permohonan untuk pemberian kelulusan
Feedback & support(1)
Suatu permohonan untuk pemberian kelulusan sebagai suatu repositori dagangan hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2)
Suruhanjaya boleh menghendaki suatu pertubuhan perbadanan untuk memberikan kepada Suruhanjaya maklumat atau dokumen sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi tujuan permohonan.
(3)
Suruhanjaya boleh dalam meluluskan pertubuhan perbadanan, mengenakan syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.