Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
107J. Obligasi untuk melaporkan
Feedback & supportPemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, orang berdaftar atau mana-mana orang lain yang berniaga dalam derivatif hendaklah melaporkan maklumat sebagaimana yang boleh ditentukan
196 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
oleh Suruhanjaya, termasuklah apa-apa pindaan, pengubahsuaian, pengubahan atau perubahan kepada maklumat itu, kepada suatu repositori dagangan.
Seksyen ini tidak terpakai bagi tujuan berniaga dalam derivatif yang Bank Negara atau Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak.
Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menentukan bentuk dan cara maklumat itu perlu dilaporkan kepada repositori dagangan itu.
Bagi maksud seksyen ini, “derivatif” hendaklah termasuk derivatif yang harga pasaran, nilai, penyerahan atau obligasi pembayaran diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan kadar pertukaran mata wang.
Mana-mana orang yang—
tidak mematuhi mana-mana kehendak seksyen ini; atau
mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material kepada suatu repositori dagangan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
Suatu repositori dagangan hendaklah, atas permintaan
Suruhanjaya, memberikan maklumat yang diperolehnya di bawah subseksyen (1) kepada Suruhanjaya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 197