Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
107B. Kelulusan repositori dagangan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh secara bertulis meluluskan mana-mana pertubuhan perbadanan untuk menjadi repositori dagangan.
Suruhanjaya tidak boleh memberi kelulusan di bawah subseksyen (1) melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
pertubuhan perbadanan itu akan dapat menjalankan fungsi sebagaimana yang ditentukan;
pertubuhan perbadanan itu mempunyai sumber kewangan, tenaga kerja dan sumber lain yang mencukupi untuk menjalankan fungsi sebagaimana yang ditentukan; dan
pertubuhan perbadanan itu mempunyai kaedah-kaedah dan tatacara untuk membolehkannya menjalankan fungsinya.