Skip to content
Contents

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

104. Urutan penghantaran dan penjalanan perintah

Feedback & support
(1)

Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif tidak boleh mengarahkan seseorang pemegang lain untuk menjalankan arahan klien pemegang yang mula-mula disebut itu melainkan jika keizinan klien itu telah diperoleh.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif hendaklah menghantar mengikut urutan semua arahan itu diterima oleh pemegang itu untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu derivatif terselaras daripada kelas itu yang ada sebaik sebelum arahan itu dijalankan.

(3)

Jika—

(a)

pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif bercadang untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras atas akaunnya sendiri;

(b)

orang yang olehnya atau atas arahannya, arahan untuk berdagang hendak dihantar menyedari tentang arahan seseorang klien pemegang itu untuk berdagang dalam kelas derivatif terselaras pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu derivatif terselaras daripada kelas itu yang ada pada masa itu; dan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 185

(c)

arahan klien itu belum dihantar, orang itu tidak boleh menghantar, dan tidak boleh memberi arahan kepada mana-mana orang lain untuk menghantar, arahan untuk memberi kuat kuasa kepada cadangan pemegang itu untuk berdagang dalam kelas derivatif terselaras sebelum arahan klien itu dihantar.

(4)

Pemegang

Lesen

Perkhidmatan

Pasaran

Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif, atau seorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif tidak boleh, kecuali—

(a)

setakat yang perlu untuk menjalankan arahan berkenaan;

(b)

sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang lain; atau

(c)

sebagaimana yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah mana-mana bursa derivatif yang pemegang itu merupakan gabungan, menzahirkan kepada mana-mana orang lain arahan seseorang klien untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras.

(5)

Pemegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif yang merupakan gabungan suatu bursa derivatif dan yang terlibat dalam menjalankan arahan untuk berdagang dalam derivatif terselaras di pasaran derivatif suatu bursa derivatif hendaklah menjalankan semua arahan mengikut urutan arahan itu diterima oleh pemegang itu untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu derivatif terselaras daripada kelas itu yang ada sebaik sebelum menjalankan arahan itu.

(6)

Jika—

(a)

dalam masa suatu tempoh yang tertentu, pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif menghantar arahan (sama ada atau

186 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

tidak arahan itu terdiri daripada atau termasuk arahan yang memberi kuat kuasa kepada cadangan pemegang itu untuk berdagang dalam kelas derivatif terselaras berkenaan atas akaun pemegang itu sendiri) untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras pada atau hampir dengan harga pasaran bagi derivatif terselaras kelas itu yang ada sebaik sebelum penjalanan arahan itu; dan

(b)

perdagangan dalam kelas derivatif terselaras itu dilaksanakan di bawah arahan itu, pemegang itu hendaklah, kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh kaedah-kaedah bursa derivatif yang pemegang itu merupakan gabungan, menguntukkan perdagangan mengikut arahan itu—

(A)

dalam urutan yang mengikutnya perdagangan itu dilaksanakan; dan

(B)

dalam urutan yang mengikutnya pemegang itu menghantar arahan itu.

(7)

Pemegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif hendaklah menyimpan, mengikut peraturan-peraturan, rekod yang menyatakan butir-butir yang ditetapkan mengenai—

(a)

arahan oleh seseorang klien untuk berdagang dalam derivatif terselaras;

(b)

tarikh dan masa penerimaan, penghantaran dan penjalanan arahan itu;

(c)

orang yang olehnya arahan itu diterima, orang yang olehnya arahan itu dihantar dan orang yang olehnya arahan itu dijalankan;

(d)

tarikh dan masa penerimaan, penghantaran dan penjalanan arahan untuk berdagang dalam derivatif terselaras atas akaun pemegang itu sendiri; dan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 187

(e)

orang yang olehnya arahan daripada jenis yang disebut dalam perenggan (d) diterima, orang yang olehnya arahan itu dihantar dan orang yang olehnya arahan itu dijalankan, dan hendaklah memegang simpan rekod itu bagi tempoh yang ditetapkan.

(8)

Jika—

(a)

pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif menghantar, bagi menjalankan di suatu pasaran derivatif di luar

Malaysia, arahan untuk berdagang dalam derivatif terselaras; dan

(b)

adalah tidak semunasabahnya dapat dilaksanakan bagi pemegang itu untuk menyatakan dalam rekod yang disimpan oleh pemegang itu di bawah subseksyen (7), butir-butir yang ditetapkan mengenai tarikh dan masa penjalanan arahan itu, pemegang itu hendaklah menyatakan butir-butir itu dengan seberapa tepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan.

(9)

Dalam seksyen ini, sesuatu sebutan mengenai penghantaran arahan untuk berdagang dalam sesuatu kelas derivatif terselaras oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif merupakan sebutan jika pemegang itu mempunyai—

(a)

akses langsung kepada pasaran derivatif yang arahan itu hendaklah dijalankan, kepada penghantaran arahan itu ke pasaran derivatif itu; atau

(b)

akses kepada pasaran derivatif yang arahan itu hendaklah dijalankan hanya melalui pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal yang satu lagi yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif, kepada penghantaran arahan itu kepada pemegang yang satu lagi itu.

188 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules