In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
107H. Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan
Feedback & support(1)
Suruhanjaya boleh memberi repositori dagangan suatu arahan yang bersifat am atau khusus jika difikirkan perlu atau suai manfaat—
(a)
bagi pentadbiran yang berkesan bagi repositori dagangan itu;
(b)
bagi memastikan pematuhan terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas repositori dagangan itu; atau
(c)
demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur.
(2)
Suatu repositori dagangan yang tidak mematuhi mana-mana arahan yang diberikan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.