Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
108. Penyimpanan buku dan pemberian penyata
Feedback & supportPemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah—
menyenggarakan, atau menyebabkan disenggarakan, dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris apa-apa rekod perakaunan dan buku lain yang akan menghuraikan dengan secukupnya transaksi dan kedudukan kewangan urusannya dan membolehkan akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang benar dan saksama disediakan dari semasa ke semasa; dan
menyenggarakan, atau menyebabkan disenggarakan, apa-apa rekod perakaunan dan buku lain mengikut cara yang akan membolehkannya diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
Sesuatu kemasukan dalam rekod perakaunan dan buku lain pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang dikehendaki disenggarakan mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh, atau dengan kebenaran, pemegang itu.
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah memegang simpan apa-apa rekod perakaunan dan buku lain sebagaimana yang dikehendaki disenggarakan di bawah Akta ini bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun.
Pemegang suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah—
memberikan apa-apa penyata dan rekod mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya; dan 198 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
menyediakan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusannya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap pemegang
Lesen
Perkhidmatan
Pasaran
Modal hendaklah menyenggarakan apa-apa rekod perakaunan dan buku lain mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Seseorang yang—
melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
dengan niat untuk memfraud, melanggar seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Subpenggal 2—Perlakuan terhadap aset klien berkenaan dengan sekuriti