Skip to content
Contents

Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal

105. Berdagang dalam derivatif terselaras di luar Malaysia

Feedback & support
(1)

Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif tidak boleh berdagang dalam derivatif terselaras di mana-mana pasaran derivatif di luar Malaysia melainkan jika—

(a)

pasaran derivatif itu ialah pasaran derivatif Bursa

Ditentukan; atau

(b)

derivatif terselaras itu adalah daripada kelas derivatif terselaras yang diluluskan.

(2)

Jika—

(a)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa keadaan wujud yang, pada pendapat Suruhanjaya, berkemungkinan menjejaskan pengendalian sempurna pasaran derivatif mana-mana Bursa Ditentukan atau menyebabkan gangguan kepada perdagangan dalam derivatif terselaras teratur di pasaran derivatif sedemikian;

(b)

ditunjukkan bahawa pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif atau mana-mana pekerja, pengarah atau wakilnya telah bertindak mengikut apa-apa cara, berhubung dengan pengendalian—

(i)

mana-mana pasaran derivatif sesuatu bursa derivatif atau yang berkenaan dengannya suatu pusat penjelasan diluluskan mengadakan kemudahan pusat penjelasan; atau;

(ii)

mana-mana pasaran derivatif Bursa Ditentukan, yang berkemungkinan memudaratkan kepentingan awam;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 189

(c)

pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif telah melanggar—

(i)

undang-undang sekuriti;

(ii)

kaedah-kaedah bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan yang pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang itu berhubung dengan derivatif merupakan gabungan; atau

(iii)

mana-mana syarat yang terpakai berkenaan dengan lesennya; atau

(d)

hal keadaan lain yang ditetapkan yang wujud berkenaan dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif,

Suruhanjaya boleh mengarahkan—

(A)

pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif supaya menghentikan perdagangan dalam derivatif terselaras, atau dalam mana-mana kelas derivatif terselaras, di pasaran derivatif mana-mana Bursa Ditentukan; atau

(B)

supaya perdagangan dalam derivatif terselaras, atau dalam mana-mana kelas derivatif terselaras, oleh pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif di pasaran niaga derivatif mana-mana Bursa Ditentukan dihadkan kepada penutupan derivatif terselaras.

190 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

Bursa

Ditentukan ialah apa-apa pasaran derivatif sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah bursa derivatif sebagai Bursa Ditentukan; atau

(b)

kelas derivatif terselaras yang diluluskan ialah apa-apa kelas derivatif terselaras pasaran derivatif suatu Bursa Ditentukan sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah bursa derivatif terselaras yang diluluskan.

(4)

Mana-mana pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana arahan yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 4; dan

Penggal 5

Bahagian IV

Dana Pampasan Pasaran Modal

Bahagian V

Salah Laku Pasaran dan Perlakuan Dilarang yang Lain

Bahagian VI

Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules