Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
111. Section 111
Feedback & supportPemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah mengadakan dan menyimpan di institusi berlesen satu akaun amanah atau lebih yang ditetapkan atau dibuktikan sebagai sedemikian yang ke dalamnya dia hendaklah membayar—
semua amaun, ditolak apa-apa bayaran pembrokeran dan caj sepatutnya yang lain, yang diterima daripada atau atas akaun mana-mana orang, selain pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal, bagi pembelian sekuriti dan yang tidak boleh dikaitkan dengan sekuriti yang dihantar serah kepada pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal tidak lewat daripada hari perniagaan bank yang berikutnya atau mana-mana hari lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang padanya ia diterima oleh pemegang itu; dan
semua amaun, ditolak apa-apa bayaran pembrokeran dan caj sepatutnya yang lain, yang diterima bagi atau atas akaun mana-mana orang, selain pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal, daripada penjualan sekuriti dan yang tidak dibayar kepada orang itu atau sebagaimana yang diarahkan oleh orang itu tidak lewat daripada hari perniagaan bank yang berikutnya atau mana-mana hari lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang padanya ia diterima oleh pemegang itu.
Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1), jika seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal menerima bayaran di suatu tempat di luar Malaysia, pemegang itu boleh
200 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
menyimpan bayaran itu dalam satu atau lebih akaun amanah dalam suatu institusi yang dilesenkan di luar Malaysia untuk mengadakan perkhidmatan perbankan atau kewangan.
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang—
melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit;
atau
dengan niat untuk memfraud, melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.