Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
107G. Penzahiran yang dibenarkan
Feedback & supportSeseorang yang disebut di bawah subseksyen 107F(1) tidak boleh menolak untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen—
yang mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1), telah memberikan keizinan secara bertulis untuk dizahirkan;
dalam hal jika mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1) telah diisytiharkan muflis di dalam atau di luar Malaysia;
bagi maksud memulakan, atau sedang dalam, apa-apa tindakan sivil antara repositori dagangan dan mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1);
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, dan penzahiran itu, dalam apa-apa hal, terhad kepada hal ehwal mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen 107J(1);
bagi maksud membolehkan atau membantu Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain;
bagi maksud membolehkan atau membantu Bank Negara untuk melaksanakan matlamatnya atau menjalankan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 195
fungsinya di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara;
bagi maksud penilaian risiko dan pengawasan oleh
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dalam menjalankan tugas dan fungsinya di bawah Akta Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia 2011 [Akta 720]; atau
bagi tujuan membolehkan atau membantu juruaudit bagi repositori dagangan untuk melaksanakan fungsinya.