Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian 1 Jadual 4, orang berdaftar itu hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 berkenaan dengan penjal
107F. Section 107F
Feedback & supportSeorang pengarah, pegawai, pekerja atau agen repositori dagangan tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat atau dokumen yang diperoleh dalam menjalankan tugasnya kecuali—
dalam hal keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 107G;
atau
kepada Suruhanjaya jika Suruhanjaya berpendapat bahawa penzahiran itu adalah perlu demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur.
194 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Mana-mana orang yang mempunyai maklumat atau dokumen yang dalam pengetahuannya penzahirannya melanggari subseksyen (1)
tidak boleh dalam apa-apa cara sekalipun menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.