Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
174. Section 174
Feedback & supportJika seorang penerima dan pengurus telah dilantik oleh Bank untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi menurut seksyen 172, penerima dan pengurus itu hendaklah mempunyai kuasa—
untuk masuk ke dalam mana-mana premis institusi itu dan mengambil pemilikan dan kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan menghendaki mana-mana orang di dalam premis itu untuk mengambil kira dan menyerah hantar kepada Bank atau penerima dan pengurus, pemilikan dan kawalan atas keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan atau harta itu;
tertakluk pada perenggan (c), untuk menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu menurut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Bank;
untuk menjual atau selainnya melupuskan mana-mana harta institusi itu yang tertakluk pada perjanjian yang mewujudkan suatu kepentingan cagaran kepada mana-mana orang yang bersetuju untuk mengambil alih obligasi yang dijamin oleh kepentingan cagaran itu;
untuk mengatur bagi pengambilalihan semua atau mana-mana bahagian liabiliti institusi itu oleh mana-mana orang;
Perkhidmatan Kewangan 185
untuk menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan institusi itu setakat yang penerima dan pengurus menyifatkannya perlu atau benefisial;
untuk membawa guaman, membela, berkompromi dan menyelesaikan, atas nama institusi itu, apa-apa tuntutan yang dibuat olehnya atau terhadapnya;
atas nama institusi, melakukan semua tindakan dan melaksanakan semua penerimaan dan dokumen lain dan bagi maksud itu, apabila perlu, menggunakan meterai rasminya;
dan
melakukan semua apa-apa perkara lain sebagaimana yang perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan hak dan kuasa penerima dan pengurus.
Subpenggal 4 – Pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti