Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

209. Perjanjian kewangan yang layak

Feedback & support
(1)

Bagi maksud seksyen ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan.

(2)

Pihak-pihak di bawah perjanjian kewangan yang layak boleh meneruskan penguatkuasaan haknya di bawah perjanjian kewangan yang layak itu dan tidak terjejas oleh—

(a)

pengambilalihan kawalan orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan menurut seksyen 167;

(b)

pelantikan penerima dan pengurus perniagaan, hal ehwal atau harta mana-mana institusi menurut seksyen 172; atau

(c)

pembuatan suatu perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen mengikut seksyen 176, kecuali semasa apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 260

apabila pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima atau pengurus bermula.

(3)

Jika perjanjian kewangan yang layak dipindahkan kepada mana-mana orang menurut pelaksanaan kuasa di bawah

206 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

subseksyen 168(6) atau seksyen 174 atau institusi perantaraan atau mana-mana orang lain di bawah seksyen 176—

(a)

orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu hendaklah mengambil alih semua hak dan obligasi di bawah mana-mana perjanjian kewangan yang layak institusi itu yang daripada perjanjian itu dipindahkan; dan

(b)

penguatkuasaan oleh pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah mengikut terma perjanjian itu seolah-olah orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu sentiasa menjadi suatu pihak kepada perjanjian sedemikian.

(4)

Sekiranya perjanjian kewangan yang layak tidak dipindahkan kepada institusi perantaraan atau orang lain, pihak-pihak kepada perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah berhak untuk menguatkuasakan haknya di bawah perjanjian itu pada habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (2).

(5)

Jika perjanjian kewangan yang layak institusi dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu semasa tempoh yang ditetapkan oleh Bank di bawah subseksyen (2), dan jika orang itu ialah seorang pihak balas kepada dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah perjanjian itu dengan institusi yang sama, semua atau tiada satu pun transaksi kewangan yang layak itu hendaklah dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.

(6)

Sekiranya perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi apa-apa harta institusi itu dipindahkan, harta itu hendaklah juga dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.

Report

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules