Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
205. Keutamaan pembayaran dalam penggulungan bank pelaburan berlesen
Feedback & supportDalam penggulungan bank pelaburan berlesen, aset bank pelaburan berlesen itu hendaklah menjadi sedia ada untuk memenuhi semua liabiliti bank pelaburan berlesen berkenaan dengan semua deposit di Malaysia diutamakan berbanding semua liabiliti tidak bercagar yang lain bank pelaburan berlesen itu di Malaysia selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1)
*Akta Syarikat 1965 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956
[Akta 359].
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan bank pelaburan berlesen yang menjalankan perniagaan perbankan Islam