Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
207. Pemakaian kumpulan wang insurans dalam penggulungan
Feedback & supportDalam penggulungan penanggung insurans berlesen, aset kumpulan wang insurans hendaklah digunakan untuk memenuhi liabilitinya kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi kumpulan wang itu dan liabiliti ini hendaklah mempunyai keutamaan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 203
berbanding dengan liabiliti tidak bercagar kumpulan wang itu, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1)
*Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding
Kerajaan 1956, setakat yang ia dikadarkan kepada kumpulan wang insurans.
Tertakluk pada subseksyen (1)—
aset kumpulan wang insurans yang ditubuhkan di bawah seksyen 81 hendaklah digunakan pertamanya untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang itu;
jika aset kumpulan wang insurans, selain suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, melebihi liabilitinya, lebihan aset itu boleh digunakan untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang insuransnya yang lain yang tidak mencukupi dan sekiranya lebihan aset bagi dua atau lebih kumpulan wang insurans digunakan, kumpulan wang itu hendaklah digunakan mengikut kadar atas amaun lebihan itu dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk memenuhi liabiliti dua atau lebih kumpulan wang insurans yang tidak mencukupi, kumpulan wang itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu;
apa-apa ketidakcukupan yang masih ada selepas penggunaan aset kumpulan wang insurans di bawah perenggan (a) dan (b)
hendaklah dipenuhi daripada aset kumpulan wang pemegang syer, dan liabiliti kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi yang tidak dipenuhi hendaklah mempunyai keutamaan berbanding dengan liabiliti tidak bercagar yang lain selain hutang keutamaan yang ditentukan di bawah subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956; dan
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
204 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
apa-apa aset lain yang dipegang oleh penanggung insurans berlesen itu, termasuk lebihan aset dalam suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, hendaklah digunakan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2), jika Bank di bawah subseksyen 81(1) telah menentukan bahawa penanggung insurans asing berlesen hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan kumpulan wang insurans berasingan bagi polisi Malaysianya, dalam penggulungan penanggung insurans asing berlesen itu, aset kumpulan wang ini—
hendaklah hanya digunakan untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang itu; dan
berkuat kuasa dari tarikh penggulungan penanggung insurans asing berlesen itu, tidak boleh dijual, dialih, dilesapkan, diberi milik, dipindahkan, diserahhakkan, dibebankan, diagihkan atau diuruskan selainnya dengan apa-apa cara jua tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank.
Walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam seksyen 340 *Akta Syarikat 1965 atau suatu perintah penggulungan bagi penanggung insurans asing berlesen, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi dan mempunyai kuat kuasa penuh dan berkesan.
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 205
Peruntukan am berhubungan dengan tindakan yang diambil oleh Bank
Kuasa Bank untuk mengambil tindakan di bawah Bahagian ini