Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
206. Section 206
Feedback & supportBagi maksud seksyen ini, “deposit Islam” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Tanpa menjejaskan seksyen 205, dalam penggulungan bank pelaburan berlesen yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a)
untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam—
aset bank pelaburan berlesen itu yang diperoleh dalam penjalanan perniagaannya selain perniagaan perbankan
Islamnya, hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti yang ditanggung dalam penjalanan perniagaannya selain perniagaan perbankan Islam, dalam turutan yang dinyatakan dalam seksyen 205; dan
jika aset bank pelaburan berlesen yang disebut dalam perenggan (a) berlebihan selepas pembayaran dibuat bagi memenuhi liabilitinya di bawah perenggan (a), apa-apa lebihan aset bank pelaburan berlesen itu hendaklah
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan 201
digunakan untuk memenuhi liabiliti bank pelaburan berlesen itu di bawah subseksyen (3).
Tanpa menjejaskan seksyen 205, dalam penggulungan bank pelaburan berlesen—
aset yang diperoleh oleh bank pelaburan berlesen dalam penjalanan perniagaan perbankan Islamnya termasuk kumpulan wang perbankan Islam atau mana-mana akaun yang diadakan di bawah subseksyen 15(3), tertakluk pada perenggan (b)—
tidak tertakluk pada hutang bank pelaburan berlesen itu kecuali berkenaan dengan perniagaan perbankan
Islamnya atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (c); dan
hendaklah menjadi sedia ada untuk memenuhi semua liabiliti bank pelaburan berlesen itu berkenaan dengan deposit Islamnya di Malaysia dalam keutamaan daripada semua liabiliti tidak bercagar lain yang ditanggung dalam penjalanan perniagaan perbankan
Islamnya, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10
Akta Prosiding Kerajaan 1956, yang berpunca daripada perniagaan perbankan Islamnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
walau apa pun subseksyen 292(1) *Akta Syarikat 1965, tetapi tertakluk pada apa-apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 292 (1)(a)
*Akta Syarikat 1965 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa-apa
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620 (1) Akta 777.
202 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
cukai yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(f)
*Akta Syarikat 1965 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh bank pelaburan berlesen itu di Malaysia, hendaklah menjadi sedia ada, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:
untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;
untuk membayar apa-apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada bank pelaburan berlesen itu; dan
untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan; dan
jika aset bank pelaburan berlesen yang disebut dalam perenggan (a) berlebihan selepas pembayaran dibuat untuk memenuhi liabilitinya di bawah subperenggan (a)(ii), apa-apa lebihan aset bank pelaburan berlesen itu hendaklah digunakan untuk memenuhi liabiliti bank pelaburan berlesen itu termasuk liabiliti bank pelaburan berlesen itu di bawah seksyen 205 menurut aturan keutamaan yang dinyatakan di dalamnya.
Bagi maksud subperenggan (3)(a)(ii), peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 260 untuk menetapkan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori yang berlainan bagi deposit
Islam.