Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
72. Obligasi pelaporan juruaudit
Feedback & supportJuruaudit hendaklah melaporkan perkara sedemikian kepada
Bank dengan serta-merta secara bertulis sekiranya, semasa menjalankan kewajipannya sebagai juruaudit suatu institusi di bawah
Akta ini, dia berpuas hati bahawa—
terdapat suatu kemungkiran atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau suatu ketidakpatuhan mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah
Akta ini yang boleh memberi kesan material kepada kedudukan kewangan institusi itu;
suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh institusi itu atau oleh mana-mana pengarah atau pegawai institusi itu;
apa-apa ketidakteraturan yang boleh memberi suatu kesan material kepada kedudukan kewangan institusi itu, termasuk apa-apa ketidakteraturan yang membahayakan atau boleh membahayakan kepentingan pendeposit, pemunya polisi, pemiutang institusi itu, peserta atau pengguna, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku;
dia tidak dapat mengesahkan bahawa tuntutan pendeposit, pemunya polisi, pemiutang institusi itu, peserta atau pengguna, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah dilindungi oleh aset institusi itu atau kumpulan wang insurans, mengikut mana-mana yang berkenaan;
terdapat apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman yang berkaitan dengan proses pelaporan kewangan yang dijalankan oleh institusi itu; atau
kedudukan kewangan institusi itu mungkin atau telah terjejas secara material oleh mana-mana keadaan, penjalanan aktiviti oleh institusi itu atau apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman institusi itu.
104 Undang-Undang Malaysia AKTA 758