Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi

185. Pelantikan penerima dan pengurus oleh orang selain Bank

(1)

Mana-mana orang boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan, memberikan notis bertulis tiga puluh hari kepada Bank tentang niatnya untuk melakukan sedemikian.

(2)

Jika suatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah untuk melantik seorang penerima dan pengurus bagi menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu hendaklah seberapa yang praktik, menyampaikan satu salinan permohonan dimeterai kepada Bank.

(3)

Jika, menurut suatu instrumen Islam atau apa-apa instrumen yang lain, seorang penerima atau pengurus telah dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta orang berlesen, orang yang diluluskan atau pengendali sistem

190 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

pembayaran yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang yang selain Bank, orang itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Bank tentang pelantikan itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules