Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
184. Pelantikan penerima dan pengurus oleh Bank
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk pada seksyen 273, jika apa-apa hal keadaan yang diperihalkan dalam seksyen 177 wujud berkenaan dengan institusi,
Bank boleh membuat suatu permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah—
untuk melantik seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu; dan
bagi semua hal yang berkaitan, bersampingan atau berbangkit daripada perintah atau arahan Mahkamah Tinggi berhubungan dengan pelantikan itu sebagaimana yang, pada pendapat Bank, adalah perlu atau wajar.
Atas suatu permohonan oleh Bank, Mahkamah Tinggi hendaklah melantik sebagai penerima dan pengurus, seorang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam permohonannya termasuk mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi memenuhi kekosongan atau bagi memecat dan menggantikan seorang penerima dan pengurus yang dilantik di bawah Subpenggal ini.
Perkhidmatan Kewangan Islam 189
Semua kos dan perbelanjaan Bank, termasuk saraan penerima dan pengurus itu hendaklah dibayar daripada dana dan harta institusi itu, sebagai suatu caj pertama atas dana dan harta institusi itu.
Seorang penerima dan pengurus yang dilantik di bawah
Subpenggal ini boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi arahan berhubungan dengan apa-apa perkara yang berbangkit di bawah pelantikan itu.
Aturan 30 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012]
tidak terpakai bagi suatu permohonan bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus di bawah Subpenggal ini.
Suatu permohonan bagi pelantikan seorang penerima dan pengurus di bawah Subpenggal ini boleh dibuat secara ex parte saman pemula.
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII