Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
182. Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan pengambilalihan kawalan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila mengambil alih kawalan keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu, jika Bank memberikan kelulusannya secara bertulis bagi pengarah atau ketua pegawai eksekutif untuk kekal dalam pelantikannya menurut perenggan 180(2)(a), apa-apa ganjaran yang dibayar kepada pengarah atau ketua pegawai eksekutif institusi itu hendaklah diputuskan oleh
Bank, berhubungan dengan aktiviti yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh Bank atau orang yang dilantik.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, atau penggantungan pengarah atau ketua pegawai eksekutif di bawah perenggan 180(2)(a)
tidak memberikannya hak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penggantungan itu.
Suatu perintah di bawah Subpenggal ini tidak memberikan kesan—
pemberian atas, atau perletakhakan dalam, Bank atau orang yang dilantik, apa-apa hak kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, apa-apa harta institusi itu yang perintah itu berhubungan; atau
menjadikan Bank atau orang yang dilantik, bertanggungan bagi apa-apa obligasi atau liabiliti institusi itu, sama ada
188 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
yang dilakukan sebelum atau selepas perintah itu berkuat kuasa.
Jika Bank atau orang yang dilantik menjual atau melupuskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan atau harta institusi itu menurut subseksyen 180(6), mana-mana orang yang terkilan oleh harga urus niaga boleh merayu atas harga urus niaga kepada
Jawatankuasa Pentaksir dan seksyen 221 hendaklah terpakai.
Subpenggal 3 –Kuasa untuk melantik penerima dan pengurus
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII