Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
241. Penyerahan dokumen perjalanan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, seorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuk pasport atau permit keluar yang dalam milikannya, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.
Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara peribadi kepada orang itu yang di alamatkan kepadanya mengikut seksyen 240.
242 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1)
disampaikan hendaklah mematuhi notis itu, jika dia gagal boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret.
Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati majistret bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, majistret itu hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara—
sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh hukumannya itu; atau
sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), yang mana berlaku lebih awal.
Bagi maksud subseksyen (4), suatu sijil yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang memberi kesan bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu.
Seorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis
Bank, melalui notis secara bertulis yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai imigresen, menghendaki bahawa mana-mana orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dicegah daripada meninggalkan Malaysia.
Pegawai imigresen itu boleh, apabila diberitahu melalui suatu notis bertulis yang dibuat di bawah subseksyen (6), menghendaki orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan pasportnya, permit keluarnya atau mana-mana dokumen perjalanannya lain dalam milikannya kepada seorang pegawai imigresen.
Tertakluk pada mana-mana perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].
Perkhidmatan Kewangan Islam 243
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII