Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti

240. Section 240

(1)

Apa-apa perintah atau notis yang diberikan di bawah

Bahagian ini, hendaklah, jika ia dikehendaki untuk disampaikan kepada seorang individu, disampaikan dengan—

(a)

menyerah hantarnya secara ke diri kepada orang yang notis itu diniatkan;

(b)

menyerah hantarnya kepada orang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan terkini diketahui yang orang itu diniatkan; atau

(c)

menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang diniatkan.

(2)

Apa-apa perintah atau notis yang diberikan di bawah Bahagian ini hendaklah, jika dikehendaki untuk disampaikan kepada suatu pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan, disampaikan dengan menyerah hantar perintah atau notis itu kepada seorang pegawai atau ejen pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan itu di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya.

(3)

Sekiranya pegawai yang menjalankan apa-apa perintah atau notis di bawah subseksyen (1) atau (2) berpuas hati, bagi sebab yang akan direkodkan olehnya secara bertulis, bahawa perintah atau notis itu tidak dapat disampaikan dengan cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) atau (2), perintah atau notis itu boleh disampaikan dengan meletakkan perintah atau notis itu pada bahagian premis yang mudah dilihat—

(a)

yang individu bagi perintah atau notis itu diniatkan diketahui terakhir tinggal, terakhir bekerja atau terakhir menjalankan perniagaan; atau

Perkhidmatan Kewangan Islam 241

(b)

di alamat berdaftar atau alamat perniagaan pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan terakhir yang diketahui kepada siapa perintah atau notis itu diniatkan, dan dalam hal sedemikian perintah atau notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna.

(4)

Sekiranya apabila suatu penyiasatan telah dibuat di bawah Akta ini, pegawai penyiasat mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan munasabah untuk mengesyaki bagi membenarkan pemulaan atau penerusan mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang, pegawai penyiasat itu hendaklah menghendaki seorang pengadu, jika ada, dan seramai orang yang pegawai penyiasat itu mendapati mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, untuk melaksanakan suatu jaminan untuk hadir di hadapan mana-mana mahkamah yang dinamakan padanya atau untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah.

(5)

Sekiranya mana-mana pengadu atau orang yang disebut dalam subseksyen (4) menolak untuk melaksanakan suatu jaminan di bawah subseksyen itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan penolakan sedemikian kepada mahkamah yang boleh pada budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman untuk memastikan kehadiran pengadu atau orang itu.

Report

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules