Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
31. Pematuhan permintaan mengakses data
Feedback & supportIn plain English
Subject to other rules, a data user must comply with a data access request within twenty-one days of receiving it. If it cannot, it must tell the requestor this in writing, with reasons, before that time ends. It must also comply as far as it can by then. It must fully comply within fourteen days after that time ends.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Tertakluk pada subseksyen (2) dan seksyen 32, seseorang pengawal data hendaklah mematuhi permintaan mengakses data di bawah seksyen 30 tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan mengakses data itu.
Seseorang pengawal data yang tidak dapat mematuhi permintaan mengakses data dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah sebelum habis tempoh itu—
melalui notis bertulis memaklumkan peminta itu bahawa dia tidak dapat mematuhi permintaan mengakses data itu dalam tempoh itu dan sebab-sebab dia tidak boleh berbuat demikian; dan
mematuhi permintaan mengakses data itu setakat yang dia boleh berbuat demikian.
Walau apa pun subseksyen (2), pengawal data hendaklah mematuhi permintaan mengakses data itu keseluruhannya tidak lewat daripada empat belas hari selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1).