Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
30. Hak untuk mengakses data peribadi
Feedback & supportIn plain English
An individual has the right to be told whether a data user, or someone for it, is processing their personal data. For a prescribed fee, a requestor may ask the data user in writing for details of the data being processed and a readable copy of it. Separate entries held for different purposes need a separate request each.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Seseorang individu berhak untuk diberitahu oleh seorang pengawal data sama ada data peribadi yang mengenainya individu itu ialah subjek data sedang diproses oleh atau bagi pihak pengawal data itu.
Seseorang peminta boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data secara bertulis kepada pengawal data—
bagi maklumat mengenai data peribadi subjek data yang sedang diproses oleh atau bagi pihak pengawal data itu;
dan
supaya disampaikan kepadanya suatu salinan data peribadi itu dalam bentuk yang dapat difahami.
Suatu permintaan mengakses data bagi apa-apa maklumat di bawah subseksyen (2) hendaklah dianggap sebagai suatu permintaan tunggal, dan suatu permintaan mengakses data bagi maklumat di bawah perenggan (2)(a) hendaklah, sekiranya tidak ada apa-apa arahan yang bertentangan, dianggap diperluas juga kepada permintaan di bawah perenggan (2)(b).
Dalam hal seorang pengawal data yang mempunyai entri yang berasingan berkenaan dengan data peribadi yang dipegang bagi maksud yang berlainan, suatu permintaan mengakses data yang berasingan hendaklah dibuat bagi setiap entri yang berasingan.
Undang-Undang Malaysia 36
Jika seseorang pengawal data tidak memegang data peribadi, tetapi mengawal pemprosesan data peribadi itu dengan apa-apa cara yang melarang pengawal data yang memegang data peribadi itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, permintaan mengakses data di bawah subseksyen (2)
yang berhubung dengan data peribadi itu, pengawal data yang mula-mula disebut itu hendaklah disifatkan memegang data peribadi itu dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.