Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
32. Hal keadaan yang pengawal data boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data
Feedback & supportSeseorang pengawal data boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data di bawah seksyen 30 jika—
pengawal data itu tidak diberi apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan munasabah olehnya—
untuk memuaskan hatinya tentang identiti peminta itu; atau
Perlindungan Data Peribadi 37
jika peminta itu menuntut bahawa dia ialah seorang yang berkaitan, untuk memuaskan hatinya—
tentang identiti subjek data yang berhubung dengannya peminta itu menuntut bahawa dia ialah orang yang berkaitan; dan
bahawa peminta itu ialah orang yang berkaitan berhubung dengan subjek data itu;
pengawal data itu tidak diberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki dengan munasabah olehnya untuk mengesan data peribadi yang dengannya permintaan mengakses data itu adalah berhubungan;
beban atau perbelanjaan untuk memberikan akses tidak setimpal dengan risiko kepada privasi subjek data itu berhubung dengan data peribadi dalam hal yang berkenaan;
pengawal data tidak dapat mematuhi permintaan mengakses data tanpa menzahirkan data peribadi yang berhubungan dengan individu lain yang dapat dikenal pasti daripada maklumat itu, melainkan jika—
individu lain itu telah memberikan persetujuan terhadap penzahiran maklumat itu kepada peminta;
atau
adalah munasabah dalam segala hal keadaan itu untuk mematuhi permintaan mengakses data itu tanpa persetujuan individu lain itu;
tertakluk pada subseksyen (3), mana-mana pengawal data lain mengawal pemprosesan data peribadi yang dengannya permintaan mengakses data itu adalah berhubungan dengan apa-apa cara yang melarang pengawal data yang mula-mula disebut itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan permintaan mengakses data itu;
memberikan akses akan menjadi pelanggaran suatu perintah mahkamah;
Undang-Undang Malaysia 38
memberikan akses akan menzahirkan maklumat komersial yang sulit; atau
apa-apa akses kepada data peribadi itu dikawal selia oleh undang-undang lain.
Dalam menentukan bagi maksud subperenggan (1)(d)(ii), sama ada munasabah dalam segala hal keadaan itu untuk mematuhi permintaan mengakses data tanpa persetujuan individu lain itu, perhatian hendaklah diberikan, secara khususnya, kepada—
apa-apa kewajipan kerahsiaan kepada individu lain itu;
apa-apa langkah yang diambil oleh pengawal data dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan individu lain itu;
sama ada individu lain itu berupaya memberikan persetujuan;
dan
apa-apa keengganan nyata untuk memberikan persetujuan oleh individu lain itu.
Perenggan (1)(e) tidak boleh berkuat kuasa sehingga membenarkan pengawal data untuk tidak mematuhi permintaan mengakses data di bawah subseksyen 30(2) ke apa-apa takat yang pengawal data itu dapat mematuhi permintaan mengakses data tanpa melanggar larangan yang berkenaan.