Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
66F. Kecualian bagi perintah yang dibuat di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996
Feedback & supportPerintah yang dibuat di bawah seksyen 44 *Akta Kawalan
Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] dan **subseksyen 4(5)
Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 bagi maksud melaksanakan langkah-langkah menentang keganasan yang dikehendaki oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan yang sedang berkuat kuasa sebaik sebelum Bahagian ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dibuat dengan sah di bawah seksyen 66C dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga perintah itu dibatalkan atau digantikan di bawah
Bahagian ini.
Selepas Bahagian ini mula berkuat kuasa, tiada perintah di bawah seksyen 44 *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17]
dan **subseksyen 4(5) Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan
Labuan 1996 boleh dibuat jika seksyen 66B atau 66C terpakai.