Skip to content
Contents

Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

66H. Kesalahan membiayai aktiviti terhad

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang, secara langsung atau tidak langsung, menyediakan atau menjadikan tersedia perkhidmatan kewangan atau harta—

(a)

dengan niat supaya perkhidmatan kewangan atau harta itu digunakan, atau dengan menyedari atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa perkhidmatan kewangan atau harta itu akan digunakan, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud untuk melakukan atau memudahkan pelakuan suatu aktiviti

134 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

terhad, atau bagi maksud memanfaatkan mana-mana orang yang melakukan atau memudahkan pelakuan suatu aktiviti terhad; atau

(b)

dengan menyedari atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa, secara keseluruhannya atau sebahagiannya, perkhidmatan kewangan atau harta itu akan digunakan oleh atau akan memanfaatkan mana-mana pencambah, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada harta pencambah itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit, yang mana yang lebih tinggi.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules