Skip to content

Bahagian VII · Pelbagai

73. Kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang sudah mati atau tidak dapat dikesan, dsb

Feedback & support

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini—

(a)

apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini; dan

(b)

apa-apa dokumen, atau salinan apa-apa dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh seseorang pegawai

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

143

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram mana-mana agensi penguat kuasa pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau sudah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah.

Report