Skip to content

Seksyen 72

Kebolehterimaan pernyataan oleh orang tertuduh

of Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001

ActIn forceProvision 93 of 117
Seksyen 72
(1)

Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu mahkamah tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu sama seperti suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan atau tidak dan sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh seseorang tertuduh kepada atau dengan didengar oleh pegawai mana-mana agensi penguat kuasa, sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai lain agensi penguat kuasa itu atau mana-mana orang lain, sama ada yang terlibat atau tidak dalam penangkapan orang itu, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.

(2)

Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datang daripada seseorang di dalam agensi penguat kuasa itu dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

123

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya.

(3)

Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan padanya suatu notis bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya, yang bermaksud seperti yang berikut:

“Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas (kesalahan di bawah Akta ini yang mungkin dipertuduhkan). Adakah kamu hendak mengatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kurang kemungkinan keterangan kamu akan dipercayai dan ini akan membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya.

Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu fakta itu ditulis, ini akan dilakukan.”.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian disampaikan padanya jika notis sedemikian disampaikan padanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin selepas pernyataan itu dibuat.

(5)

Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan padanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela.

(6)

Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa

124 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa kerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, maka mahkamah dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai, atau sebagai dapat disamakan seperti, sokongan apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu merupakan suatu perkara matan.

(7)

Tiada apa-apa jua pun di dalam subseksyen (6) boleh dalam mana-mana prosiding jenayah—

(a)

menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua pun dikatakan dalam kehadirannya berhubung dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan itu akan boleh diterima selain oleh sebab subseksyen itu; atau

(b)

dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain oleh sebab subseksyen itu.

Kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang sudah mati atau tidak dapat dikesan, dsb.