Skip to content

Seksyen 102

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 102 of 159

Seksyen 102

(1)

Setiausaha hendaklah menyebabkan daftar anggota disimpan dengan sepatutnya dan disenggarakan secara berkala dan semua butir pengeluaran dan pemindahmilikan syer dicatatkan dalam daftar.

(2)

Setiausaha yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.