152. Pemakaian Subpenggal 9
Feedback & support(1)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini,
Subpenggal ini hendaklah terpakai bagi suatu tawaran yang dibuat kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam berkenaan dengan—
(a)
suatu tawaran atau pelawaan berkenaan dengan syer atau debentur yang dibuat oleh kelab rekreasi tidak tersenarai; dan
(b)
suatu tawaran atau pelawaan untuk mendepositkan wang dengan atau memberi pinjaman wang kepada suatu perbadanan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 158.
(2)
Subpenggal ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan untuk melanggan atau membeli mana-mana sekuriti perbadanan, termasuklah mana-mana tawaran terkecuali, pelawaan terkecuali atau terbitan terkecuali yang ditakrifkan dalam Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007.