Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
100. Kuasa untuk memeriksa orang untuk penyiasatan
Feedback & supportJika seorang pegawai penyiasat mengesyaki mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan atau suatu kemungkiran di bawah Akta ini, dia boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud suatu penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu—
memerintahkan mana-mana orang melalui notis secara bertulis supaya—
hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh membantu dalam penyiasatan itu; atau
mengemukakan di hadapannya, dalam tempoh yang ditentukan oleh pegawai itu, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas,
Kredit Pengguna 99
kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang boleh membantu dalam penyiasatan itu;
atau
dengan notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk memberikan satu penyataan bertulis yang dibuat atas sumpah atau ikrar menerangkan di dalamnya semua maklumat yang mungkin dikehendaki di bawah notis itu, maklumat yang boleh membantu dalam penyiasatan itu.
Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah perenggan (1)(a)
atau (1)(b), telah diberikan hendaklah mematuhi terma notis itu dan, khususnya—
seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subperenggan (1)(a)(i) telah diberikan hendaklah—
hadir mengikut terma notis itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat itu sehingga penyiasatan itu selesai; dan
di sepanjang penyiasatan itu mendedahkan semua maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara berhubung dengannya yang dia sedang diperiksa, sama ada atau tidak apa-apa soalan dikemukakan kepadanya mengenai perkara itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, dan tidak boleh menolak untuk menjawab apa-apa soalan atas alasan yang soalan itu mungkin menunjukkan dia atau suami atau isterinya bersalah;
seseorang yang kepadanya suatu notis telah diberikan di bawah subperenggan (1)(a)(ii) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa dokumen,
Undang-Undang Malaysia 100
cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang ditentukan dalam notis itu, atau mengubahkan atau mencacatkan apa-apa catatan dalam dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan sedemikian; dan
seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah, dalam penyataannya yang dibuat atas sumpah atau ikrar, mengemukakan dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapati olehnya, dan tidak boleh gagal untuk memberikan atau mendedahkan yang sama itu atas alasan yang ia mungkin menunjukkan dia atau suami atau isterinya bersalah.
Seseorang yang disebut di bawah subseksyen (2) hendaklah mematuhi peruntukan subseksyen (2) dan notis yang diberi di bawah subseksyen (1), walau apa pun mana-mana undang-undang, sama ada diperbuat sebelum atau selepas Akta ini berkuat kuasa, atau apa-apa sumpah, aku janji atau kehendak kerahsiaan, atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang bertentangan.
Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel, menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang kali pertama disebut, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahan atau sebagai ejen atau pegawai orang yang kali pertama disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh, disebabkan pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.
Kredit Pengguna 101
Seorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan bagi apa-apa jangka masa yang disifatkannya perlu, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang dikemukakan di hadapannya semasa penjalanan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau pemeriksaan orang yang sedang disiasat olehnya di bawah subperenggan (1)(a)(i), atau yang mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah subperenggan (1)(a)(ii), untuk memastikan sama ada apa-apa yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya pada diri orang itu.
Suatu pemeriksaan di bawah subperenggan (1)(a)(i) hendaklah dibuat dalam bentuk tulisan atau direkodkan dan yang kemudiannya dituliskan oleh pegawai penyiasat itu dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang sedang disiasat atau diletakkan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya, dan jika orang itu menolak untuk menandatangani rekod itu atau meletakkan cap ibu jarinya, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya dengan menyatakan hal penolakan itu dan sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang disiasat itu.
Dalam suatu pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1), pegawai penyiasat itu yang memeriksa orang itu boleh melakukan mana-mana satu atau keduanya yang berikut:
memberikan arahan tentang siapa yang boleh hadir semasa pemeriksaan itu, atau semasa mana-mana bahagian pemeriksaan itu; dan
merekodkan pemeriksaan itu atau mana-mana bahagian pemeriksaan itu dengan rakaman audio atau visual atau kombinasi keduanya.
Rekod suatu pemeriksaan di bawah subperenggan (1)(a)(i), atau suatu penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(b), atau apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang dikemukakan
Undang-Undang Malaysia 102
di bawah subperenggan (1)(a)(ii) atau selainnya semasa penjalanan suatu penyiasatan di bawah subperenggan (1)(a)(i) atau di bawah suatu penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(b) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang bertentangan boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bagi, atau berhubungan dengan—
suatu kesalahan atau kemungkiran di bawah Akta ini;
apa-apa perkara lain di bawah Akta ini; atau
apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah disiasat, atau yang mengemukakan dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu, atau yang telah membuat penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
atau memberikan kepada seorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat atau penyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.