Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
102. Penyerahan dokumen perjalanan
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, seorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan bagi suatu kesalahan di bawah Penggal ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuk pasport, sijil pengenalan atau mana-mana dokumen lain itu yang dalam milikannya, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.
Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara ke diri kepada orang yang kepadanya ia dialamatkan mengikut seksyen 101.
Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1) disampaikan hendaklah mematuhi notis itu, jika dia gagal boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret.
Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati majistret itu bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, majistret itu hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara—
sehingga habis suatu tempoh empat belas hari dari tarikh hukumannya itu; atau
sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mana-mana yang berlaku lebih awal.
Bagi maksud subseksyen (4), suatu sijil yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang memberi kesan bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu.
Seorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang berkaitan, melalui notis secara bertulis yang dikeluarkan kepada Ketua
Pengarah Imigresen, menghendaki bahawa mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dicegah daripada meninggalkan Malaysia.
Kredit Pengguna 105
Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa ini berhubungan dengan buang negeri atau imigresen,
Ketua Pengarah Imigresen yang menerima sesuatu permintaan di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan seseorang, hendaklah mengambil segala langkah yang boleh termasuk pembatalan atau penahanan mana-mana dokumen perjalanan yang berhubungan dengan orang tersebut sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan permintaan itu.