Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
91. Kuasa pegawai penyiasat
Feedback & supportSeorang pegawai penyiasat yang disebut di bawah seksyen 90 hendaklah mempunyai semua fungsi dan kuasa yang diberikan kepada suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan di bawah Bahagian ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu, dia hendaklah, berhubung dengan fungsi dan kuasa itu—
tertakluk kepada; dan
Kredit Pengguna 87
menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seorang pegawai
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan seolah-olah dia ialah seorang pegawai Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan.
Seorang pegawai penyiasat, dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya, hendaklah tertakluk kepada dan mematuhi arahan, kawalan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan apa-apa penyiasatan atas mana-mana orang di bawah Penggal ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan suatu sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang disiasat.