Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
94. Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita tanpa waran
Feedback & supportJika seorang pegawai penyiasat berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 92
penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai penyiasat itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 92 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Bagi maksud seksyen ini, jika penyiasatan itu dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pegawai penyiasat itu ialah seorang pegawai polis, pegawai polis itu hendaklah seorang pegawai kanan polis.