Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
92. Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita dengan waran
Feedback & supportJika ternyata pada seorang majistret, atas maklumat bertulis, dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
terdapat keterangan di dalam mana-mana premis yang perlu bagi menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada seorang pegawai penyiasat yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan kekerasan.
Undang-Undang Malaysia 88
Suatu waran di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penyiasat itu untuk—
masuk ke dalam mana-mana premis dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel;
mempunyai akses untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, komputer, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian, termasuk akses kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau selainnya, atau mempunyai akses untuk, memeriksa atau menyemak operasi mana-mana komputer atau selainnya, dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya;
mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang disita dan ditahan sedemikian;
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu, tertakluk kepada seksyen 97, dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk membantu pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang dijumpai pada orang itu;
memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bejana atau bekas, termasuk mengakses suatu komputer atau selainnya; atau
Kredit Pengguna 89
memberhentikan, menahan atau menggeledah mana-mana kenderaan.
Seorang pegawai penyiasat boleh jika adalah perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau halangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu dengan kekerasan;
memindah dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan di bawah seksyen ini; atau
menahan, tertakluk kepada seksyen 97, mana-mana orang yang dijumpai dalam mana-mana premis, atau apa-apa kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (2)
sehingga premis atau kenderaan itu selesai digeledah.
Seorang pegawai penyiasat hendaklah bagi maksud seksyen ini disediakan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau selainnya termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat terkandung dalam suatu komputer atau selainnya dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.
Apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat, artikel atau penyataan yang diperoleh atau diberikan kepada seorang pegawai penyiasat semasa berjalannya suatu penggeledahan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang yang bertentangan, menjadi boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah
Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 90