Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
99. Kehendak menyediakan terjemahan
Feedback & supportSeorang pegawai penyiasat boleh—
secara lisan atau bertulis, menghendaki seseorang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, komputer, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, untuk memberi kepada pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris mengenai dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat itu yang dijumpai, disita, ditahan atau diambil milik oleh pegawai penyiasat itu; dan
Undang-Undang Malaysia 98
menentukan tempoh yang munasabah untuk orang itu memberikan suatu terjemahan, dengan mengambil kira panjang dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat, atau hal keadaan lain yang berhubungan dengannya.
Tiada seorang pun boleh dengan pengetahuannya membuat atau memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar.
Jika orang yang dikehendaki untuk memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki melakukan kesalahan atau kemungkiran di bawah penyiasatan,
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah membayar kepadanya fi yang munasabah bagi terjemahan itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.