Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
95. Senarai harta yang disita, dsb
Feedback & supportSeorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan penyiasatannya atau penggeledahannya, hendaklah—
menyediakan dan menandatangani suatu senarai semua dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang disita; dan
Kredit Pengguna 91
menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang padanya, dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu dijumpai atau diperoleh.
Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen 92(1)
atau seksyen 94 semasa suatu penyiasatan, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada tiap-tiap masa dibenarkan untuk hadir sepanjang penggeledahan itu, menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang telah disiapkan dan ditandatangani atau diletakkan cap ibu jari di bawah seksyen ini.
Jika penghuni premis itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu di bawah subseksyen (2) enggan menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai geledah itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan namanya atas senarai geledah itu, hakikat dan sebab keengganan berbuat demikian, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu atau orang yang bertindak bagi penghuni itu.
Bagi maksud seksyen ini, jika penyiasatan itu dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pegawai penyiasat itu ialah seorang pegawai polis, pegawai polis itu hendaklah seorang pegawai kanan polis.