Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
90. Penyiasatan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan
Feedback & supportSuatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu, boleh menjalankan semua kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini berkenaan dengan semua perkara mengenai kredit pengguna yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.
Undang-Undang Malaysia 86
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh melantik seorang pegawai Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan atau mana-mana orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 35(1) untuk menjadi seorang pegawai penyiasat bagi menjalankan suatu penyiasatan di bawah Penggal ini.
Bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan—
orang-orang yang berikut boleh menyebabkan suatu penyiasatan dibuat:
seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan;
Pendaftar pemberi kredit Islam dan Timbalan
Pendaftar pemberi kredit Islam; dan
mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
apa-apa sebutan kepada pegawai penyiasat di bawah
Penggal ini hendaklah termasuk seorang pegawai polis melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah peruntukan Akta ini; dan
seorang pegawai kanan polis yang disebut di bawah
Penggal ini hendaklah mempunyai erti sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344].
Seorang pegawai penyiasat hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan, dan sebagai seorang pegawai awam bagi maksud
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan Akta Keterangan 1950.