Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan

101. Penyampaian notis secara am, dsb

Feedback & support
(1)

Apa-apa notis yang diberikan di bawah Penggal ini, hendaklah, jika ia dikehendaki untuk disampaikan kepada seorang individu, disampaikan dengan—

(a)

menyerah hantarnya secara ke diri kepada orang yang kepadanya notis itu diniatkan;

(b)

menyerah hantarnya kepada seorang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan terkini diketahui yang orang itu diniatkan;

Kredit Pengguna 103

(c)

menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang diniatkan; atau

(d)

menghantarnya secara elektronik dan masa notis itu diterima dalam sistem komputer pengguna berdaftar hendaklah dianggap sebagai masa penyampaiannya, dan penghantaran itu hendaklah merupakan penyampaian yang mencukupi, tetapi tiada apa-apa jua boleh menghalang mana-mana pihak daripada membuktikan, jika sedemikian halnya, bahawa dia belum lagi disampaikan sedemikian.

(2)

Apa-apa notis yang diberikan di bawah Penggal ini hendaklah, jika dikehendaki untuk disampaikan kepada suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, disampaikan dengan menyerah hantar notis itu kepada seorang pegawai, ejen, setiausaha atau pegawai yang serupa pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya.

(3)

Jika pegawai yang menjalankan apa-apa notis di bawah subseksyen (1) atau (2) berpuas hati, bagi sebab yang akan direkodkan olehnya secara bertulis, bahawa notis itu tidak dapat disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) atau (2), notis itu boleh disampaikan dengan meletakkan notis itu pada suatu bahagian premis yang mudah dilihat—

(a)

yang individu baginya notis itu diniatkan diketahui terakhir tinggal, terakhir bekerja atau terakhir menjalankan perniagaan; atau

(b)

di alamat berdaftar atau alamat perniagaan pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan terakhir yang diketahui kepada siapa notis itu diniatkan, dan dalam hal sedemikian notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna.

Undang-Undang Malaysia 104

Report

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules