Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
103. Ejen provokasi
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang bertentangan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah
Akta ini—
tiada ejen provokasi pun, sama ada dia seorang pegawai suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan atau tidak, boleh dianggap menjadi seorang rakan jenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika maksud utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu;
apa-apa penyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada seorang ejen provokasi oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya didakwa dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini, hendaklah menjadi boleh diterima sebagai keterangan dan diberikan kadar wajar dan pertimbangan dalam mana-mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
Undang-Undang Malaysia 106
suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang semata-mata atas keterangan tanpa sokongan mana-mana ejen provokasi tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya terhadap bahaya membuat sabitan atas keterangan sedemikian.