Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan

89. Section 89

Feedback & support
(1)

Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen 88(1), seseorang di bawah pemeriksaan dan pengarahnya, pekongsinya atau pegawainya—

(a)

hendaklah memberikan kepada Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu akses dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dokumennya, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, premis, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;

Undang-Undang Malaysia 84

(b)

hendaklah memberikan kepada Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, secara lisan atau bertulis, apa-apa maklumat dan penjelasan yang berhubungan dengan perniagaannya dan hal ehwalnya atau ejennya dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan itu;

(c)

hendaklah membenarkan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu untuk membuat salinan atau membuat cabutan bagi apa-apa dokumen yang disebut dalam perenggan (a); dan

(d)

hendaklah bagi maksud seksyen ini memberi kepada

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau selainnya termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat terkandung dalam suatu komputer atau selainnya dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.

(2)

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu boleh mengambil milik apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang ia mempunyai akses di bawah subseksyen (1), jika

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu berpendapat bahawa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu boleh—

(a)

diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan itu mengambil milik atasnya; atau

(b)

diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

Kredit Pengguna 85

(3)

B a g i m a k s u d s u a t u p e m e r i k s a a n d i b a w a h subperenggan 88(2)(c)(ii) dan (iii), seseorang di bawah pemeriksaan hendaklah—

(a)

memberi kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan itu apa-apa dokumen, maklumat atau penjelasan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya; dan

(b)

tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran suatu kontrak yang berhubungan dengan, atau suatu kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah perenggan (a).

(4)

Mana-mana orang yang diperiksa di bawah seksyen 88

hendaklah hadir di hadapan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan itu di suatu tempat, dan pada suatu masa, sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), perenggan (3)(a) atau subseksyen (4), atau enggan membenarkan

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu untuk mengambil milik di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa penyiasatan

Report

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules